Rabu, 19 November 2008

PERSIDANGAN PEMUDA UMNO LABUAN - bukan ahli jangan tunjuk lagak.

Kalau mahu, masuk ahli UMNO dan fahami serta hayati etika perlembagaan parti. Jangan sewenangnya membuat kritikan yang hanya menyinggong perasaan dan menghancurkan perpaduan yang sedia ada dalam parti UMNO masa kini di Wilayah persekutuan Labuan. Berilah seluas ruang untuk pemimpin dan ahli pergerakan pemuda itu sendiri untuk membuat keputusan dan cara tindakan mereka tanpa gangguan mereka diluar yang berkepentingan.
Pemuda bukan tidak boleh ditegur, tetapi buatlah teguran yang berasas dan membina untuk kepentingan parti, bangsa dan agama tetapi bukan untuk kepentingan individu.
Sejak kebelakangan ini terlalu ramai dari kaum kita yang ikut serta mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai keadaan yang berlaku dalam pergerakan pemuda UMNO Labuan. Jika ingin berbuat demikian saya cadangkan masuklah sebagai ahli terlebih dahulu. Kata bidalan melayu...."Jangan kerana menang sorak,kampong tergadai"...